Menyedari kepentingan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu serta berteraskan Islam, Koperasi Pendidikan Inovatif Berhad (KAIF) Pulau Pinang mengambil inisiatif untuk menubuhkan SRA’Ibrah yang bermula sesi persekolahan pada tahun 2018. Penubuhan SRA ‘Ibrah ini adalah bagi melengkapkan lagi penerusan sistem pendidikan Islam dimana KAIF telah menubuhkan pendidikan prasekolah iaitu Tadika ‘Ibrah pada tahun 2012 dan Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah pada tahun 2010. Ini memberi peluang kepada masyarakat melalui kesinambungan dan penerusan pendidikan sejak dari tadika, sekolah rendah & seterusnya sekolah menengah.
Hasrat tersebut dikemukakan dalam mesyuarat agung koperasi pada tahun 2015 dan seterusnya satu jawatankuasa penubuhan Sekolah Rendah Agama ‘Ibrah pada September 2016 dibentuk. Untuk penempatan sementara, SRA’Ibrah menggunakan bangunan dan kemudahan Sek Agama Ar-Rahmaniah Permatang Pasri (kepunyaan Masjid Ar-Rahmaniah) setelah termetrai perjanjian pada 22 September 2017 sehingga 31 Oktober 2020. Sesi persekolhan pertama bermula pada Januari 2018 dengan kemasukan kumpulan pertama murid Tahun 1 seramai 8 orang. Cikgu Kamsiah Jaafar telah diamanahkan untuk menjadi Guru Besar bersama 2 orang guru danseorang staf pentadbiran.
Pada tahun 2021 SRA ‘Ibrah telah berpindah ke lokasi tetap yang kedudukannya sama dengan Sekolah Menengah Agama ‘Ibrah iaitu di Kg Tg Putus Permatang Pauh. Pada masa ini bilangan pelajar seramai 25 orang pelajar dengan 7 orang guru.
Melahirkan generasi Rabbani yang berperanan mendaulat Deen dan pada masa yang sama menyumbang kepada pembangunan negara
Beriltizam mendidik dan membangun potensi murid melalui pendidikan deeniah & akademik untuk melengkapikan ilmu dan kemahiran bagi penerusan pendidikan
Berilmu dan berakhlak
Bersama melahirkan pelajar beradab, pencita ilmu & Al-Quran
Al-Quran lancar, solat terpelihara
Suatu proses pendidikan yang berterusan, menyeluruh dan seimbang dari aspek rohi, aqli dan jasmani berdasarkan ajaran Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah An-Nabawiyyah. Usaha ini bagi melahirkan generasi berilmu, beriman, beramal & bersahsiah mulia yang dapat memberi sumbangan kepada ummah dan negara
MELAHIRKAN murid yang menguasai fardhu ain, 3M dan kemahiran-kemahiran asas generik
MENYEDIAKAN asas ‘fikrah islamiah’ dan memenuhi 10 muwasofat mengikut tahap yang diperlukan
MELAHIRKAN murid yang dapat membaca dan menghafaz Al-Quran
MELAHIRKAN murid yang memiliki kemahiran pengurusan diri yang mantap dan memupuk potensi kepimpinan
MENYEDIAKAN pengetahuan dan maklumat asas ‘rekacipta’ dan ‘teknologi maklumat’ agar dapat membina ‘kreativiti’ & ‘inovasi’
Barisan pengusaha & tenaga pengajar Sekolah Rendah Agama ‘Ibrah